Friday, 14 December 2012

keBAHAGIAan ??

rasanya masih sempat utk aku ucapkan TAHNIAH buat teman2 yang..
hmmm, bertunang.. ;( 2x da xsempat join hari 'heppi' mcm ni..
kelmarin, 14hb, bff dri sekolah bertunang.. tahniah darl..
ONE STEP CLOSER!
semoga hari2 yg mendatang makin bahagia,
org bertunang ni, 
darah manissss,,
*org tua2 punya fakta
pandai2 lah jaga hubungan..
cepat2 langsung.. acecece, aku lak yg excited sebut bab cmni..
ofkos la ai jeles yuuu.. >.<
nah besaq bagi.. huuuuuuu

jeles bukan bermakna rasa iri hati tu terlalu KUAT smpai benci..
TIDAK..
jeles sebab kawan2 tersenyum lebar smbil menghitung hari-hari bahagia..
jeles pun ada batasnya, 
jeles di mulut tapi di hati sentiasa mendoakan KEBAHAGIAAN..
ya ya ya, semoga bahagia !!!

tolonglaa doakan aku sama.. kih3
semoga aku pun buleh kecapi apa yg ampa kecapi.. kui9
mcm2 cara utk kita nak rasa bahagia..

- kebahagiaan -
dari segi hubungan dalam keluarga
dari segi hubungan dengan kawan2
dari segi hubungan dengan 'soulmate'
dari segi hubungan dengan saudara Islam
dari segi hubungan dengan makhluk Allah yang lain..

oke sedih. :'(
merah,comel & tam. i'll miss them.
*sembam muka atas bantal smbil nanges laju2*

Wednesday, 12 December 2012

ALHAMDULILLAH ya ALLAH !

syukur sangat sangat...
huu.... alhamdulillah, result naek sket,
wlopun tak gempak mcam orang laen, 
wlopun tak 4flat..
nak bersyukur jugak sebab naek wlopn sket..
risau jugak kalau result makin turun..
memikirkan sem 3 punya result,, 
AMAT TERUK !
dah jejas pmgt pun dgn result sem 3..
alhamdulillahhhhhhh..
result sem 4 membantu utk bagi pmgt stabil..
tahniah utk kawan2 yg dapat stabilkan pmgt dari awal..
respect sangat2..
bukan mcm sy..
sekali jatuh... fuhhhh, teruk kot..
abes rosak pmgt..
rakan2 study,, thanx sbb kongsi ilmu.. 
kwn2 tsayang, thanx sbb ada utk bg smangat..
dan insan tersayang, tahniah ! result kamu pun menaik.. >.< 
saya dah tak ganggu kamu bila exam.. ;p
*nmpak sgt aku punca rsult dia jatuh.ekekeke 

Allah Maha Adil..
terima kasih Tuhanku.. 
kerana mendengar segala permintaan setiap hamba Mu..
aku akan sentiasa denganMu, 
agar aku sentiasa dalam rahmatMu ya Allah.. :')

Tuesday, 27 November 2012

cupcake ? muffin ? apa apa saja asalkan chocolate ! :D

assalamualaikum assalamualaikum assalamualaikum...!!!



disebabkan adik sepupu kesayangan a.k.a adik pikah dah nak pulang ke perak..
haruslah kakak sepupunya yang baek lagi pemurah ni menunaikan hajat si adik itu..
dia penggemar chocolate.. **sama sama !

selepas cari cari dan cari resipi2, 
ada la jumpak dua resipi, *walhal berlambak O_O
daripada 2 resipi tu..
campur aduk abeh semua.. hihihiii

maka..jeng jeng jeng... !!

 nak kata cupcake ? muffin ? tataw lah..;p

rasa? lembut semacam ja.. huu, tpi, KURANG MANIS.. itu yg penting..
sebab org dlm umah ni xsuka makan manis.. haruslah kurangkn kuantiti gula itu.. huu T_T

:)

Saturday, 10 November 2012

MALU ?? MALAS ?? SEDIH ??

huuuuuuuuu........
hari ni, 10/11/12..
tarikh cantik punya...
konon la konon..
konon la aku nak cuba berDIKARI..
diulangi.. BELIKARI.. 
T_T

konon laaa kan... 
pkai baju pegi daftar kejeeeee..
kat mane ???
yawateee.... jitreee...

huuu.. baru first day,
ak tak tahan............
tak tahan......
sebab ? ofkos la xdak tmpat nk dduk2,
xleh masok makanan.. T_T
isk isk.. yg paling sedih..
xdak surau........ >.<' 
huuu..
balek umah aku ditertawakan oleh mereka mereka yang tersayang..
tak paa.. pengalaman keja SATU HARI pon dah cukup.. T_T

esok tak MAU p dahhhh !!!!!!!!!!!!!!

oh memandangkan aku hanya TEMPORARY STAFF,
dengan ini aku pecat diri sendiri !!! kih3, **tgok tgok kasuitt dia.. cam hawaq lagi.. :D

dan disebabkan aku stress.. stress dan stress..
terbayang muka cik donat yang maness mentertawakan aku kat talipon..cissss...
ahahaahhaa, thanx na sebab layan msg gila2 aku..
n sory sangattttttt xsempat nak layan sweet2, nebess kan.. ;pp

nahhh, disebabkan tak sempat buat kelmarin,,
malam ni aku try jugak,,
amek la akak ku sayang, ;pp

with love <3


Friday, 26 October 2012

MEN TA LI TI

MENTALITI..
malam ni berkobar-kobar rasa nak cakap ttg mentaliti orang kampung aku..
betapa kecik dan sempitnya mentaliti atau pemikiran 'SESETENGAH' dari mereka..
faham-faham lah situasi kampung macam mana..
cerita yang kecik macam kuman boleh jadi besar bapak mcm gajah..
hurm.. (gelengkepala) 
apa nak jadi ? sudah-sudah la tu macik-macik tokcik tokcik..
raya bukan sepanjang hari sepanjang tahun,
yang asyik menganyam KETUPAT tu apa pasal..
risau pulak nanti cerita anak orang dicanang,
anak sendiri yang memalit arang..

hari ni, aku rasa agak puas sebab aku berkesempatan membidas bidas dan bidas kata-kata salah seorang penganyam KETUPAT terbaik kampung aku..
AL-KISAHnya...
ada si A ni dtg meraya umah tok aku,
beliau baru meniti alam perkahwinan,
dah kawen tetiba dapat tawaran smbung belajaq, 
3 tahun kejururawatan..
almaklumlah,, DILARANG MENGANDUNG DAN MENGENDONG ANAK LA yeeee..
terpaksa lah menurut perintah dan kehendak sedemikian..
dan aku pun mula lah menyampuk, *sebab aku kenal jugak si A ni..
kata aku, sama lah mcm tempat aku belajaq ni, 
xleh pregnant..tpi boleh kawen..
so ramai ja yg kawen..tpi ad jugak yg amek precaution,
HARUSLAH kan.., supaya tadak la terlobosss..

tuptuptupppp.. terdengar suara sumbang si penganyam KETUPAT berkata-kata....

"DAH TAW DOK MENGAJI YANG GATAI PI KAWEN TU PASAI PA"

berderauuuuu darah aku dengaq ayat tu..serius serius.. aku rasa mcm dia dok persoalkan benda yang TAK PATUT..
dengan petahnya aku berkata-kata..
aishh, xboleh kata macam tu.. qada' dan qadar depa kawen, 
rezeki depa kawen awal,
kita tak boleh persoal macam tu..
dah tertulis dah segala-galanya, bila kawen, bila mati, bukan soal gatai tak gatai.
 *ntah dripada mana aku dpt ayat tu, bertubi-tubi aku boh..
beliau terdiam seketika. sekian. aku rasa PUAS sgt,
benarnya dh lama rasa tak puas hati..
sebab beliau seorang yang bertalamtalamtalam muka,
dan jenis kaki goosssiiipppp.. 
dan sebab beliau jugak keluarga aku pernah porak peranda..
beliau lupa atau tidak, beliau masih punya anak2, 
kalau ditakdirkan anak dia kawen time study..aku la org pertama yg nak gelak guling2. 

bukan apa.. 
knapa aku nak marah sgt bila dia ckp mcm tu ?
aku rasa kan.. macam sedang mempersoalkan kehendak dan takdir Tuhan..
kalau mcm tu, bila ada kematian, patotnya beliau kata mcm ni,
ISH, AWAT TATAW DIA MATI, TATAW KA KATA DIA NI ADA ANAK RAMAI, JENUH LA BINI DIA NAK BELA..APA LA BAGI DIA MATI AWAI.. 

istighfar banyak2..
kadang-kadang kita tak sedar dengan percakapan kita. bahaya bahaya.
-ni jenis perangai mulut main hentam ikut sedap ja-

MENTALITI seterusnya..
menyembang sut sit sut sit..
topik hangat, berkaitan dengan kawan sepermainan aku masa kecik..
baru diijabkabulkan jugak..
kes apa dia ni ?
kes tak usung tak tayang LAKI kat umah depa depa depa depa..
berbunyi lah mulut-mulut mereka..
ya ALLAH...
zaman sekarang,, berbeza dgn zaman dahulu.... 
kalau dibawa ke rumah saudara pun dah memadai,,
yang laen2 tu, faham2 lah.. jenuh la kalau nak usung tayang keliling kampung..
berat berat.. zaman la zaman bekerja,,
mana la nak ada masa nak usung pusing keliling kampung perkenal pasangan hidup..
bukan mcm dlu..... hmmmm...
dah bila si LAKI pemalu, dikatanya sombong,
berat mulut nak bercakap..
Tuhan.......
bukan semua orang sama..
bukan semua orang ramah...
susah la.. nak puaskan hati orang..
asyik nak lempar tuduhan demi tuduhan..

bila akad nikah, kenduri lewat,
tup2 mengandung awal..
dikatanya mengandung anak luar nikah..
padahal akad nikah punya awal..
*depa bilang tarikh SANDING kooootttt....

tiba tiba aku rasa bersyukur aku dah tak hidup dalam kampung tu..
sekadar balik cuti-cuti , raya-raya..
kalau aku hidup dalam tu,,,
fuuuhhhhhh~~~
perasan tiap hari lawan mulut.. errkkk, penat !

**ya Allah, lindungilah aku dan keluarga ku serta rakan-rakan ku daripada fitnah duniawi**

oh oh ! salam aidiladha :))



Wednesday, 24 October 2012

LELAKI ITU


izinkan beta gelak kecil sebentar.. hik3 kih3 hak3 kah3 *ada beza dak gelak lagu tu ?
tujuan : tajuk cm hampeh~

oke.. 
LELAKI ITU
nak berbicara tentang lelaki itu..
err, lelaki yang mana ? *teka sendiri..
lelaki itu.. fikirkan dia faham ttg perasaan dan keinginan seorang GEGURL..
lelaki itu.. fikirkan dia pakar apabila berbicara ttg seorang atau berorang-orang GEGURL..
EH ! not that man lah yatt !! *sori sori..salah topik !!!! 

LELAKI ITU..
awal perkenalan..sungguh aku tidak tahu menahu tentang lelaki itu..
pandangan pertama ? satu susuk tubuh berpakaian serba hitam, berkaca mata hitam.. all black lah senang..
tapi tak berapa nak pandangan pertama sangat lah sebab...... T_T aku kan RABUN.. *fine
awal percakapan.., macam biasa, aku menjawab soalan orang.. bertanyakan asal usul, aku ceritakan.. 
bertanyakan nama, aku tuturkan..
bertanyakan status ? aku rahsiakan. *tettt~

LELAKI ITU..
langsung tidak membuatkan hati ini bergetar saat mula bertemu.. *kih3
tapi beliau mampu membuat aku ketawa walaupun aku tidak kenal siapa beliau.
 pandai jugak beliau mendajalkan aku.. *hampehhhhh

LELAKI ITU..
aku sangkakan itu hanya perkenalan biasa..
tapi suatu hari, hati aku mula terdetik untuk lebih mengenali beliau..
aku meniti hari demi hari, 
mengkaji, menghipotesis, segala-gala tentang beliau.. *hiperbola~~

LELAKI ITU..
makin aku cuba nak kenal,
makin rasa jatuh jatuh jatuh.. *faham faham jatuh apa..
bila makin jatuh.......
makin terluka.......
bila makin terluka.......
makin derita..........
segala-galanya tentang lelaki itu..

LELAKI ITU..
aku sedar..
beliau telah buat pilihan yang mungkin beliau sendiri pun sukar sangat nak tentukan BETUL atau SALAH..
tapi persoalan tentang beberapa hati,,
beliau sememangnya HARUUUUSSS memilih..

LELAKI ITU..
entah la berapa kali hati aku hancuss dan pilusss...
entah berapa kali mata aku macam tsunami atau banjir besar atau banjir kilat atau whatever..
dan aku sedar, bila dah bertapaknya beliau,
benda ni takkan berubah..
mungkin bertambah teruk..
sebab apa ? serius aku pun tak taw..

LELAKI ITU..
rajuk ku mampu dipujuk..
tawa ku mampu dibentuk..
manja ku mampu dipupuk..
sesungguhnya saat ini aku harus bersyukur..
lelaki yang banyak menduga hati aku,
masih berada di sisi aku sehingga hari ini..

LELAKI ITU..
aku harapkan menjadi zauj yang tegas mendidik aku..
aku harapkan menjadi imam yang mampu membimbing aku..
aku harapkan menjadi guru yang menegur kekurangan aku..
aku harapkan menjadi pengawal yang menjaga aku..
aku harapkan menjadi sahabat yang setia di samping aku..
insyaALLAH.. :')


 -gambar sampingan-

**apa yang berlaku tidak mampu untuk aku lupakan. 
mata yang merah..mata yang bergenang.. maafkan AKU yang terlalu menguji.

Sunday, 21 October 2012

haacchummmm !!!!

aisshh,,
kalau rumah ka bilik ka, mau berhabuk tebal..
lama rasanya tak jenguk sini..
rindu pulak..
*ni semua gara-gara mamat tu yang tiba2 ja tegur pasai blog ni,, dah xpasal2 kna private utk seketika.. demm*

hari ni..
21 OKTOBER 2012
2012 dah pun.. umur dah 21..
rasa dewasa sikit dah.. ;ppp (bajeettttt)
dalam masa menyepi dari sini, 
pelbagai dugaan, rintangan, kebahagiaan yang menimpa..
semuanya ujian dariNya.. 
antara rasa sakit, atau sihat..
derita atau bahagia..
kita manusia, redha dgn kehendakNya..
taun ni dah semester 4..
ada lagi 4 sem..
2 tahun lagi.. 
rasa lama pulak..
hurmm,
tpi nanti mesti rasa kejap ja..
biasalah, permainan hati.. :)
dan di saat tu, mesti rasa berat sgt nak berpisah dgn sahabat sahabat..
kesayangan kesayangan.. eh, nanti dah nak grad baru sentuh bab ni,, ;pp

first post for this year ??
xda sebarang isu khas lagi utk dikongsikan..
cuma title dh tukar, errkkk,
sebab apa ?
sebab dah xmaw ada kaitan dgn "sichubby"
why ?? sebab orang senang sgt nak cri dgn nama tu..hmmm *mamat tu la ni..
biarlah title apa pun, janji hati senang.. jauh dri anasir2 jahat.. kih3 
ckuplah merapu,
xdak sapa nak baca pon.. :D
diri sendiri yang baca pastu terhegehhegeh senyum.. hahahaha ! oke fine, 
nampak ketidakwarasan di sini.. 

bubye myself, ;p
i love you yatt <3